CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 16, 2008

Tutup Mata

Suatu waktu kesabaran hilang
dan ketahanan hati tiada lagi.
Disini aku hilang arah lalu mati.

Aku bukannya awan
yang boleh diubah jadinya hujan.
Tidak mahu mengundang air mata,
namun segalanya datang tanpa diundang.

Di fikiran tiada tenang.
Berulang kali aku tanya pada diri,
apakah aku mahu hidup ini?
Pahitkah jika aku pentingkan diri sendiri?

Sayangkan diri sendiri baru sayangi orang lain.
Berulang kali aku lafazkan kata ini.
Yang nyata aku benar" tidak mampu ke arah itu.

Aku terus menutup mata,
lalu lupakan apa yang bermain difikiran.
Memang perit dan tiada mudahnya.
Tapi hanya itu yang aku termampu.

Tutup mata.
Tutup mata.
Dan tutup mata...

Saturday, November 1, 2008

Takut

Mati? Aku takut.
Hidup? Juga takut.
Dunia? Takut.
Sedih? Lebih takut.
Bahagia? Menakutkan.

Kenapa? Aku tidak tau.

Bertemu Teman

Tibanya aku di dunia maya.
Sekali lagi bertemu seorang teman.
Baru. Yang aku katakan gilanya sama.
Malah lebih. Mungkin?

Seronok. Asyik. Bila bertemu.
Berbual senda tiada henti.
Yang pasti mati aku hilang.
Sepi? Tiada lagi.
Kenapa? Kenapa begini?

Bila ditanyakan diri.
Aku senyum sendiri.
Bila ditanyakan hati.
Aku senyum lagi.
Sudah! Aku sendiri tidak mengerti!