Suatu hari ketika malam menggelapkan diri,
Aku duduk di permukaan yang suci,
Memikirkan apakah ini semua takdir,
Apakah ini nasib dan benar" wujud dalam diri..
Hari hari sebelum,
Waktu kau tiada dalam hidup ini,
Aku tidak kenal erti kasih,
Aku tidak kenal erti sayang,
Aku tidak kenal erti rindu,
Dan aku tidak kenal apa itu 'AKU'..
Kau hadir dengan maruah diri,
Dan kau tau aku terima seadanya yang mungkin,
Kau hadir melengkapkan diri ini,
Walaupun aku tau bukan hanya aku yang memiliki mu..
Aku senang dengan kehadiran mu,
Yang sentiasa ada untuk aku,
Aku senang dengan setiap kata" mu,
Yang bisa menggugah jiwa ku..
Walaupun tidak berada di dunia nyata,
Tetapi hati tetap bisa merasakan kehadiran yang nyata,
Walaupun itu cuma dunia maya,
Tetapi tiada penghalangnya untuk kita tetap bersama..
Walaupun penuh dengan bisikan godaan di kiri dan kanan,
Tetap juga hati berkata hanya kau seorang,
Walaupun susah dan menyiksa,
Tetap sahaja siksaan terasa seperti bercanda..
Waktu malam mula meniggalkan diri ini sendirian,
Bayangan demi bayangan mula berkeliaran di sebalik fikiran,
Mulanya aku terfikir kenapa dan mengapa,
Tuhan ketemukan aku dengan dia..
Apakah ini hanya satu cobaan,
Untuk menguji kesetiaan dan kejujuran,
Yang ternyata tidak perlu di khuatiri,
Kerana hidup ini lengkap dengan kehadiran kau disisi..
Tiada kata" yang bisa di ungkapkan lagi,
Yang nyata cuma doa dan restu dari hati ke hati,
Tiada yang bisa terangkan kata hati,
Hanya diri ini yang bisa mengerti..
Terima Kasih dari aku,
Kerana telah melengkapi hidup ku..
Friday, September 26, 2008
Buat Kau Yang Melengkapi Hidup Aku
Posted by Lynda is Oshin is Lynda at 3:33 AM
Labels: Waktu Aku Mula Berpuitis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment