CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

Gila

Malam. Dikala bulan purnama.
Mulalah perangai. Keluar gila.
Gelap diterangi dengan lampu liplap.
Diiringi dengan musik" gila.
Oh! Orangnya juga pada bergila.

Mula menggoyangkan kaki ikuti irama.
Anggukan kepala atas ke bawah.
Irama terus menusuk jiwa.
Pinggul mula menyundal sama.
Oh! Dialah juga yang pada syaitan.

Gila kau menjengkelkan dunia.
Hati nurani basah dengan air haram.
Sampah!
Bagai yang sudah gila hidup dalam kegilaan.
Mudah di bawa tapi hentinya payah.

Kiri kanan tiada makna.
Yang syaitan dikatakan teman.
Terus selingkuh yang sudah berpunya.
Terus menyundal yang masih mentah.
Bagai dara tiada harga. Gila!

Sudah keluar gila dunia!
Gila" bagaikan tiada arah.
Yang waras tetap di jadikan gila.
Hingga akhirnya benar" gila.
Gara" yang mentah terlanjur masak.

Saturday, October 18, 2008

Aku Cinta Si Sang Penyiksa [requested by a friend]

Berhenti merasa.
Berhenti berkata.
Kerana hati luka.
Parah semuanya.

Ya. Aku cinta. Tapi kau menyiksa.
Aku benar" sayang. Sungguh tiada paksa.
Dari hati yang dalam. Suci. Aku merasa.
Tapi malang, kau tetap menyiksa.

Kenapa perlakukan aku seperti binatang?
Apakah aku atau kau yang sebenarnya binatang?
Melayan aku sebagai mangsa.
Menyiksa aku dengan perasaan.
Biarpun tidak dapat kau telan.
Hidu sudah cukup buat santapan.

Mengapa kau menyiksa aku yang mencinta?
Perlukah aku menangis hingga penat.
Sedangkan aku sudah cukup puas memenatkan diri dengan terluka.
Aku tetap cinta. Tapi kenapa dengan kau sang penyiksa?

Hati sendiri tiada mengerti.
Kenapa masih aku cintai.
Selama ini kau tiada gunanya lagi.
Tapi diri tetap mencintai.

Ya. Aku cinta si sang penyiksa.
Tiada mengapa dan juga kenapa.
Mula dan akhir juga tiada. Mati.
Hanya yang pasti aku sudah mencinta.
Mencinta si sang penyiksa.
Penyiksa hati dan perasaan.
Luar dan dalam. Malap pengecualiannya.
Tiada belas kasihan buat aku yang merana.
Kecewa. Tapi tetap menyinta.

Wednesday, October 15, 2008

Tentang Mama

Mata terbuka. Mama memandang tajam.
Terasa air mata mama menitis ke pipi kanan.
Sebak hati menahan. Mama gembira aku telah ada.
Andai waktu itu aku bisa berkata.
Akan aku ucapkan beribu cinta untuk mama.
Andai waktu itu aku bisa mengerti.
Akan aku kucup dahi mama tanpa henti.
Hujan turun membasahi bumi. Aku takut lalu pergi.
Mama mendakap diri ini. Menjadi tembok penghalang ngeri.
Hati terseksa jiwa merana. Mama datang ubati luka.
Bila gelap, mamalah lampunya.
Bila miskin., mamalah hartanya.
Misalnya aku bertemu penghujung masa.
Tolonglah Tuhan. Lindungilah mama.
Tadahlah titisan air matanya.
Saat aku menutup mata untuk selamanya.

Friday, October 10, 2008

AKU DIAM SEKETIKA


*DIAM*


~noktah buat sementara~
sedang menghabiskan masa mengisi kertas ujian..