Mata terbuka. Mama memandang tajam.
Terasa air mata mama menitis ke pipi kanan.
Sebak hati menahan. Mama gembira aku telah ada.
Andai waktu itu aku bisa berkata.
Akan aku ucapkan beribu cinta untuk mama.
Andai waktu itu aku bisa mengerti.
Akan aku kucup dahi mama tanpa henti.
Hujan turun membasahi bumi. Aku takut lalu pergi.
Mama mendakap diri ini. Menjadi tembok penghalang ngeri.
Hati terseksa jiwa merana. Mama datang ubati luka.
Bila gelap, mamalah lampunya.
Bila miskin., mamalah hartanya.
Misalnya aku bertemu penghujung masa.
Tolonglah Tuhan. Lindungilah mama.
Tadahlah titisan air matanya.
Saat aku menutup mata untuk selamanya.
Wednesday, October 15, 2008
Tentang Mama
Posted by Lynda is Oshin is Lynda at 5:54 PM
Labels: Waktu Aku Mula Berpuitis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sy suka! TAHNIAH kerana berjaya membuat satu puisi yang membuat kita semua berfikir.
jika itu yang anda kata...
terimakasih teman!
;)
Post a Comment