Sayang.
Satu kata aku ucapkan dulu memang bukan mudah.
Selamat tinggal itu bagai berbisa.
Tapi jalan kita berdua sangat berbeza.
Mungkin sedikit persamaan, tapi tiada gunanya.
Sayang.
Kalaulah angin bisa membawa pergi hati ini bertemu kau.
Akan aku biarkan kau melihat sendiri kata" yang terukir didalam.
Perasaan.
Jiwa.
Segalanya..
Agar kau percaya bahawa aku hancur mengucapkan selamat tinggal.
Sayang.
Terpaksa itu satu alasan. Bagi kau.
Tapi bagi aku, tiada paksaan. Kerana itu dari hati.
Aku mahu. Aku harus.
Tiada lagi jalan lain akan aku ambil.
Kerana sejujurnya, lebih hancur hati aku bersama kau berbanding dengan meninggalkan kau.
Sayang.
Pagi tadi, aku teringatkan kau.
Teringatkan kenangan kita.
Canda.
Tawa.
Tangisan.
Amarah.
Tapi semua itu mengakhiri aku dengan satu ukiran senyuman dibibir.
Senyum. Lalu diam.
Sayang.
Aditya.
Kini kau bukan lagi sayang. Tapi teman.
Mungkin, suatu hari akan aku ucapkan semula kata cinta.
Mungkin.
Mungkin YA.
Mungkin juga TIDAK.
Aditya.
Kenangan biarlah menjadi kenangan.
Kita akhiri dengan senyuman.
Thursday, December 11, 2008
Aditya
Posted by Lynda is Oshin is Lynda at 7:11 PM
Labels: Waktu Aku Mula Berpuitis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment